Hye! Salam Sejahtera..
Wah sekian lama tak update blog ni. Biasa la kadang2 tu sibuk, tapi sebenarnya terlupa dan malas..
Hahaha!!
Hye! Salam Sejahtera..
Wah sekian lama tak update blog ni. Biasa la kadang2 tu sibuk, tapi sebenarnya terlupa dan malas..
Hahaha!!
Hye! Salam Sejahtera..
Wah sekali lagi kita akan dihidangkan dengan pameran kediaman dan gaya hidup.. Boleh la kita membelanjakan duit yang kita usahakan selama ini untuk keselesaan hidup.. Pulang ke rumah yang selesa merupakan satu kelegaan yang tiada tandingnya.. Lagi best bila ada isteri yang cantik sedang menunggu kepulangan kita, siap masak makan malam lagi.. Hehe..
Anyway kepada sesiapa yang berkelapangan nanti boleh la datang jenguk.. Yang ada duit, sila beli.. Yang belum ada duit, boleh cari idea dulu.. Ada beratus booth yg akan dibuka.. Jumpa di sana!
Hye! Salam Sejahtera..
JAKIM dah cakap dah jangan nak ada sesapa gatal pegi sambut valentine.. Kepada yang menyambut valentine, aku ucapkan selamatlah bervalentine.. kepada yang beragama Islam pula, jom ramai-ramai kita pergi Bangi malam nanti!
Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah
Penceramah: Ust Hasanuddin Mohd Yunus
(Pengerusi Aqsa Syarif & Aktivis Mavi Marmara)
Tarikh: 14 Februari 2011 (Isnin)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Surau Abd Rahman Auf, Taman Bangi 3
Dijemput datang beramai-ramai…
Hye! Salam Sejahtera..
Hari ahad aku sempat pergi ke Karnival WOW Putrajaya bersama saudaraku Nash & Muiz.. Karnival ini berlangsung di Presint 2 pada 11-13 Februari.. Pada paginya kami breakfast di Papparich Bangi dan sambil surf internet terbaca tentang karnival ini.. Terus shoot ke sana!
Yang menarik perhatian kami adalah kerana ada pertunjukan Tattoo ATM. Last aku tengok benda ni masa sekolah menengah dulu diorg ada buat kat Stadium Merdeka.. Best wooo!! Selain daripada pameran-pameran dan gerai jualan, terdapat juga aktiviti-aktiviti menarik di sana..
Antara yang menarik perhatian kami: Tattoo ATM, persembahan tarian sabah & tarian api, pertunjukkan layang-layang dan lain-lain..
Hye! Salam Sejahtera..
Duit memainkan peranan penting dalam hidup kita. Hampir semua benda dalam dunia ni memerlukan duit. Kalau ada duit, semua yang kita nak kita boleh dapat.. Perempuan lain cerita la, takde duit pon boleh dapat je ape yang dia nak.. Walaubagaimanapun, dalam kesibukan kita mencari duit, pastikan duit yang kita dapat tu dari sumber yang halal.. Semua ini untuk keberkatan.. Dan jangan pulak bila dah ada duit tu kita bazirkan terhadap perkara bukan-bukan seperti rokok, minuman keras, dan wanita.. Haha..
Ni gambar kawan aku bersama duit ptptn beliau.. Aku rasa duit ni dia guna untuk beli blackberry.. Memudahkan beliau utk menuntut ilmu kot.. Hehe
Hye! Salam sejahtera..
Lama aku tinggalkan dunia blog aku nih.. Nak kata sibuk, takde la sibuk sgt.. Mungkin malas kot haha.. So aku bertekad utk kembali ke ruang alam maya milikku ini..
Sudah hampir 16 hari satu dunia digemparkan dengan isu mesir.. Gara-gara itu aku jadi rajin blog walking dan terlintas pula difikiran utk menconteng kembali didalam blog ini.. Hehe..
Hye! Salam Sejahtera..
Aku nak sangat update blog ni tapi aku menunggu sesuatu yang interesting. Sejak latest post sebelum ni, aku belum terserempak dengan apa-apa yang menarik untuk dikongsi di blog ini. Walaubagaimanapun, aku taknak menghampakan para pengikut setia blog ini. Dengan itu, aku cuba cipta post ini sekadar untuk memastikan blog ini sentiasa update dan memberi kesempatan kepada pembaca untuk membazir 5 minit menjenguk blog kesayanganku ini.
Jumaat lalu adalah hari yang memenatkan. Aku cukup benci trafik jem. Oleh kerana itu, aku suke keluar di malam hari dengan harapan jalan raya semua clear. Walaupon terdapat roadblock oleh PDRM di beberapa lokasi strategik, aku masih merasakan perjalanan pada waktu malam lebih mudah daripada siang. Pada hari Jumaat tersebut, aku terlibat dalam sebuah event di sebuah hotel terkemuka di Bukit Bintang. Event starts 6.30 so memandangkan hari itu aku akan bertolak dari Shah Alam, aku plan untuk gerak awal. 4.30pm aku bertolak, cube teka pukul berapa agaknya aku tiba di hotel tersebut?
Jawapan: 3 jam selepas itu = 7.30pm
Tak berbaloi untuk perjalanan setakat dari Shah Alam ke KL yang mengambil masa sebanyak itu. Lagi best bila ada kawan disebelah yang sepatutnya menemani anda tetapi beliau memilih untuk tidur di sepanjang perjalanan. Kesibukan jalan raya memberi aku kesempatan untuk buat pelbagai benda seperti mengemail orang, bertwitter, tukar kasut dan bergambar dengan fesyen rambut ala-ala stress..